3 Mahasiswa FBI Terima Biasiswa Universiti

RABU I 6 JULAI 2022 - Tiga pelajar Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) menjadi penerima Biasiswa Universiti UMK. Penerima biasiswa tahun ini ialah Wan Yuhanis Wan Abdullah iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan, Nur Shahirah Mohd Ridzuan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris, dan Siti Anain Zaini, juga pelajar Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris.

 

FBI ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima. Diharapkan biasiswa itu akan menjadi motivasi kepada semua penerima untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.